Ahad, 29 September 2013

Cerpen:Sweet Situation

Hancur luluh hati Nina melihat hasil kertas di tangannya.Bagaimana kehidupannya selepas ini? Nina bertekad tidak mahu menyusahkan orang lain di sekitarnya dengan berita itu.Biar dia seorang sahaja yang tahu keadaannya itu.

Nina menemui Faris di Restoran Secret Garden.Oh ya sebenarnya Nina dan Faris adalah senior dan junior di Unitar International University.Namun disebabkan oleh ibu bapa mereka adalah kenalan rapat,mereka kan disatukan tanpa kerelaan hati masing-masing.Faris tidak bersetuju kerana dia ego.Dia ego kerana suata masa dahulu semasa Nina meluahkan perasaan padanya,dia mengatakan tidak akan menerima Nina meskipun semua wanita sudah pupus.Nina juga tidak bersetuju kerana kini dia mempunyai teman lelaki yang juga office matenya.Walaupun Nina sudah menjelaskan pada teman lelakinya, Adam bahawa dia dan Faris hanya kahwin di atas sijil nikah namun Adam masih tetap mahu memutuskan hubungan yang setelah sekian lama mereka jalinkan

Pertemuan Nina dan Faris di restoran itu adalah untuk membincangkan bagaimana mahu mengaburi kedua ibubapa mereka bahawa mereka boleh hidup sebagai suami isteri yang bahagia pada majlis perkahwinan mereka nanti. Mereka bijak merancang namun terselit juga insiden berbalah kerana masing-masing masih tidak mampu menerima keadaan diri yang khilaf.

Pada hari bersejarah mereka, mereka berlakon lagak bagai pengantin yang bahagia. Majlis yang berlangsung dengan tema warna laut berjalan dengan lancar.Sewaktu bersanding,Faris bagai terpaku dengan wajah Nina yang sudah berubah jelita.Ditepisnya jauh-jauh perasaan yang bertandang.Egonya tetap tidak mkahu diruntuhkan walau bagaimana pun caranya.

Acara makan beradab Nina dan Faris

Adam hadir bagi memenuhi jemputan namun Adam langsung tidak memandang Nina kerana bimbang hatinya akan rapuh semula setelah bertekad menerima bahawa mereka tiada jodoh.Faris langsung tidak pedulu akan hal itu walaupun dia lihat adam seakan ingin menjauh dari Nina.

Pada malam itu,Faris masuk ke dalam biliknya setelah berbual-bual dengan ayah mentuanya.Sedang dia leka membelek henfonnya, Niana keluar dari tandas dengan hanya berkemban kerana menyangka bahawa Faris masih tidak masuk  dalam bilik itu.Faris seakan terpegun dengan kemulusan kulit Nina.Faris menelan air liurnya lalu mendekati Nina yang sedang mencari pakaian di wardrobenya.faris memeluk Nina dari belakang dan Nina seakan terpana dengan perlakuan Faris yang janggal itu.

"Faris apa yang kau buat ni?! Bukan ke kita dah setuju nak bawa haluan masing-masing dan perkahwinan ni it's useless.Hari ni walaupun 'malam pertama' kita tapi kau dah janji tak akan sentuh aku!", kata Nina pada Faris yang masih enggan melepaskan dirinya walaupun telah berkali Nina mencuba untuk menolak tubuh Faris yang sasa itu.

Nina aku dah cuba untuk tak jatuh cinta kat kau tapi aku salah sebab dari dulu lagi aku suka kat kau.Dan disebabkan ego,aku hanya melepaskan kau pergi tapi kau perlu tahu bahawa kau juga masih mencintai aku walaupun masa kau dengan Adam. Mari kita mulakan hubungan yang baru. Faris merenggangkan pelukannya dan menatap lama wajah Nina yang sudah bergenang air mata.

Ya,walaupun kita dahulu musuh tapi why not kita berdamai dan start a new relationship.Antara kita tak perlu lagi ada sengketa dan jadi suami isteri yang menerima kekurangan diri masing-masing.Mereka kini melayari hubungan yang baik.

Suatu hari sedang Nina berada di dalam lif di pejabatnya,dia merasa pening yang teramat sangat.Nina cuba untuk bertahan namun dia gagal mujurlah Adam ada ketika dia hampir jatuh di hadapan lif.Adam memaut bahu Nina untuk membantu Nina berdiri.Nina meminta Adam membawanya ke Hospital Gantro tempat dia menerima rawatan.Nina tahu bahawa tidak sepatutnya dia meminta bantuan Adam namun keadaan darurat sebab dia dah tidak larat menahan kesakian. Tanpa disedari gambar mereka dirakamdan dihantar kepada Faris.

Faris yang sedang berada di pejabatnya tersentak ketika melihat gambar itu.Tersentak dan terasa bagai mendidih darahnya melihat gambar itu.Sangkanya setelah dia membahagiakan Nina,Nina tak akan kembali kepada Adam.Perbincangan harus dibuat bersama Nina ketika dia pulang kerja nanti.

Berlainan pula situasi Nina dan Adam di hospital.Doktor Aina yang merawat Nina cuba mengesyorkan pada Nina supaya menjalani pembedahan namun Nina menolak kerana masih mampu bertahan.Adam yang mendengar menjadi sebak dengan pengobanan Nina bertahan untuk Faris.Selepas itu,Adam pun menghantar Nina pulang ke rumah setelah selesai rawatan.Tanpa dijangka Faris telah pon menunggu Nina di hadapan rumah.Nina terus menyalami Faris namun reaksi Faris amat kaku.Nina masuk ke dalam rumah diikuti Faris.

You apa yang you buat dengan Adam hah? Bukan you dah putus ker deengan dia dan you tahu tak i dapat gambar intim you dengan Adam.Tak sangka lepas apa yang i bagi kat you,you buat i macam ni!hilang sudah bahasa lembut yang sering digunakan Faris pada Nina kini hanya panggilan biasa.

Abang dah salah faham ni.Nina pitam kat ofis lepastu Adam tolong hantar Nina dekat Hospital.Nina pon balik asing kereta dengan dia.Abang jangan la cemburu sampai macam tu sekali.Cuba think positive sikit.Sian Nina tau balik kerja dah la tu Nina kena marah tanpa usul periksa.Terang Nina dengan jelas pada Faris yang sememangnya sentiasa cemburu dengan Adam.

Sorry sayang,i promise tak tuduh you dan percaya benda bukan-bukan lagi.Dah la you sakit kan?Masuk lah dalam tukar baju, malam ni biar abang yang masak untuk sayang.Faris terus memujukku setelah mengetahui perkara sebenar tapi Nina masih lagi sangsi siapakah yang menghantar gambar itu? Ah lantak la dah lah aku tengah penat ni.

Setelah setahun

Nina yang sedang berehat dengan Faris di ruang tamu berasa pening lalu masuk ke dalam bilik.Faris pula mahu menonton hingga siaran tamat.Setelah tamat siaran,Faris masuk ke dalam bilik.Dia berasa terkejut kerana melihat hidung Nina berdarah lalu segera dia bersiap.Semasa dia bersiap dia terjumpa kad doktor peribadi Nina.Lalu Faris pum membawa Nina berjumpa Dr Aina.

Doktor Aina pun  menerangkan keadaan Nina dan segera meminta persetujuan Faris untuk melakukan pembedahan kerana keadaan Nina sudah kritikal.Faris pon setuju kerana hanya mementingkan nyawa Nina ketika ini.Setelah segala prosedur disiapkan doktor Aina pon melakukan pembedahan untuk mengeluarkan sel kanser dari otak Nina.

Setelah 3 bulan, Nina masih lagi koma walaupun sel kanser sudah dikeluarkan.Faris melawat setiap hari menuggu untuk Nina sedar.Faris membacakan yasin untuk Nina sambil memegang tangan Nina.Tanpa disedari tangan Nina bergerak-gerak.Faris segera memanggil doktor untuk memeriksa keadaan Nina.Kini Nina sudah boleh pulang kerana keadaannya sudah stabil setelah sedar dari koma.

Faris mengadakan kenduri kesyukuran sempena Nina sudah sedar dari koma dan bagi meraikan bayi sulung mereka yang berusia 7 minggu.Kini Faris gembira kerana bakal mendapat puteri kembar.Oh ya pasal siapa yang tangkap gambar tu ialah isteri Adam yang tidak suka pada Nina walaupun Adam berkata tiada hubungan lagi dengan Nina.---------Tamat

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Actions speak louder.>_<