aku join cerpen AAdk but tak menang takperlah sebab aq tak mengharap sangat pon tapi kalau terpilih amik jer lah ye dak?!
Enjoy ya..baca cerpen ni kena jiwang(NAH TISU SEKOTAK) >_<
Tajuk citer ni...
TAKKAN KU BERPALING LAGI
Ku
lihat sekujur tubuh yang terbaring lesu di sofa bilikku ini.
“Daniel
bangun, waktu rehat nak dekat habis ni.Masuk kelas sekarang “, arahku pada anak
muridku ini.
Daniel yang masih mamai berlalu pergi menuju
kelasnya.Sayu di hati ini tak mampu ku
tahan lagi. Manakan tidak, selama ini aku seorang sahaja yang masih mahu
mendekati dia di saat semua guru dan pelajar-pelajar sekolah memulaukannya.Aku
sedia maklum akan masalah yang dihadapinya namun aku bukanlah sesiapa untuk
membantunya keluar dari kancah gelap itu.Namun aku bertekad untuk mengambilnya
sebagai anak angkat dan akan ku tatang Daniel bagi menatang minyak yang penuh.
22
Mei 2010
Aku
dimaklumkan oleh guru besar untuk pergi ke rumah Daniel untuk meninjau
keadaannya kerana sudah seminggu dia tidak hadir ke sekolah.Aku melihat semula
alamat rumah yang berada di genggamanku ini, aku terpana melihat betapa daifnya
keadaan rumah kayu di hadapanku ini.
Aku
mengetuk pintu rumah itu.tersembul wajah seorang lelaki yang aku kira ayah kepada
Daniel.Aku bertanyakan di mana Daniel namun ayah Daniel tidak menjawab malah
menghalau aku dari rumahnya.Aku tidak mengalah dan mencuba beberapa kali
memanggil Daniel.Aku merasakan tindakan ku ini sia-sia kerana tidak mungkin
Daniel akan melawan ayahnya yang panas baran itu.Ketika kaki ini hendak
melangkah pergi, terdengar suatu suara yang memanggilku.Aku menoleh ke belakang
ternyata suara itu kepunyaan Daniel.
“Cikgu
tak perlulah bersusah payah melawat saya.Cikgu sendiri dah tengok macam mana
kehidupan saya kan? Saya tak dapat pergi ke sekolah kerana duit simpanan saya
dah habis.Yuran sekolah yang tertunggak semakin banyak. Saya nak berhenti
sekolah sebab saya tak mampu, cikgu”, ucap Daniel kepada diriku ini.
Daniel
saya nak awak datang sahaja ke sekolah. Kalau awak tak mampu saya bayarkan
dahulu.Awak tahukan saya sayangkan awak macam anak saya sendiri.Selepas ini kalau
awak ada masalah datang dekat saya ceritakan masalah awak.Hati saya kuat
mengatakan awak nak berubah Daniel.Saya tahu jeritan batin awak yang dah tak
nak lagi bergelumang dengan dadah ni.Saya balik dahulu dan saya nak awak
fikirkan semasak-masaknya tentang haluan hidup awak”,nasihatku pada Daniel.
Pada keesokan harinya, Daniel
datang ke sekolah. Aku benar-benar gembira kerana anak ini masih mahu mendengar
kata.Aku mengajar seperti biasa kerana ini sudah menjadi tanggungjawabku untuk
mendidik para pelajar yang dahagakan ilmu.Aku tidak sabar menunggu waktu rehat
kerana lazimnya Daniel akan berada di bilikku untuk tidur.Aku mencari kelibat
Daniel namun dia tidak muncul jua. Aku mengesyaki sesuatu yang buruk berlaku.
Aku melihat ke arah pintu pagar belakang sekolah. Hancur luluh hatiku ini
melihat Daniel menhisap dadah jenis syabu bersama dua orang samseng sekolah.
Ternyata Daniel ketagih akan najis itu. Aku sudah agak perkara ini masih belum
menemui jalan penyelesaiannya.
Aku mengorak langkah menuju ke bilik guru. Aku bertanyakan pada
Cikgu Hazlin yang juga merupakan mak cik sebelah arwah ibu Daniel.Aku bertanya kepadanya
bagaimana Daniel boleh terjebak di lorong gelap ini.Pada mualanya Cikgu hazlin
keberatan namun setelah digesa barulah dia membuka cerita. 2 tahun yang lepas,
ibu Daniel meninggal dunia akibat kanser servik. Ayah Daniel menerima tamparan
hebat akibat daripada peristiwa itu.Pada mulanya ayah Daniel hanya
berjinak-jinak dengan gam namun kesannya yang sekejap membuatkan ayahnya
menjadi nanar. Akhirnya ayah Daniel mengambil ecstasy, ganja dan syabu.Daniel
yang pada itu baru berumur 13 tahun mula terikut-ikut kerana Daniel adalah satu-satunya
anak di dalam keluarga itu. Daniel yang paling rapat dengan ibunya juga
menerima kesan kerana ayahnya mengabaikan dirinya.Akibat daripada bergelumang
dengan dadah, pelajarannya merosot dan kesihatannya merudum.Sumber kewangan
yang selama ini bergantung kepada ayah Daniel kini sudah tidak ada kerana
disalahgunakan untuk membeli dadah mereka berdua. Daniel yang semakin ketagih
berkawan dengan budak-budak penagih agar mudah mendapatkan ‘barang’ itu.
Aku teresak-esak menangis
kerana tidak menyangka begini kehidupan yang telah Daniel lalui. Sungguh tragis
kerana remaja seawal usianya sedang menuntut ilmu tetapi dia terlibat dengan
aktiviti ini.Aku mengambil ‘emergency leave’ kerana ingin mencari di mana
Daniel berada.Aku mengelilingi kampung menaiki kereta Mazda kepunyaanku. Aku
beruntung kerana lahir dalam keluarga yang aman sentosa tidak seperti nasib
yang ditimpa keluarga Daniel. Setelah 3 jam aku masih tidak terjumpa akan
kelibat Daniel. Aku yang sudah kepenatan membuat keputusan untuk pulang ke rumah.
Dalam tempoh 2 minggu ini aku
menuggu kedatangan daniel setiap hari mengharapkan dia akan datang ke bilikku
untuk berkongsi duka dan deritanya kepadaku.telefon bimbitku berdering minta
diangkat.Rupa-rupanya itu panggilan daripada Daniel yang memintaku datang ke
rumahnya sekarang. Aku terpinga-pinga kerana jelas di pendengaranku suaranya
yang terketar-ketar seperti telah membuat kesalahan yang besar.
Aku sampai di rumah Daniel
ketika semua pelajar sedang diberi ceramah jemputan di sekolah. Daniel meluru mendapatkanku
lalu mengajakku masuk ke rumahnya. Aku terjerit kerana di ruang tamu itu jelas
terbujur sekujur tubuh yang berlumuran dengan darah.Aku yang panik terus
menelefon ambulans.Sementara menunggu kedatangan ambulans, Daniel memberitahu
bahawa ketika itu dia baru pulang daripada membuat ‘projek’ dengan
kawan-kawannya.dia terkesima apabila mendapati ayahnya sedang ditumbuk dan
ditikam oleh orang suruhan ah long. Dia hanya mampu menyorok kerana tidak mampu
melakukan apa-apa.Setelah ah long itu beredar dia mendapatkan ayahnya yang
nyawa-nyawa ikan. Sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir, Daniel sendiri
menyaksikan betapa seksanya roh yang sedang terpisah dengan tubuh
ayahnya.Keadaan itu membuatkan Daniel tersedar akan semua dosa-dosa yang
dilakukan ayahnya kepada Allahuazzawajalla.
Polis juga tiba bersama
ambulans untuk menyiasat perkara itu.Aku dan Daniel diminta pergi ke balai
polis untuk menjadi saksi kepada tragedi pembunuhan itu.Selepas membuat laporan
aku mengajak Daniel untuk menjamah sedikit makanan di rumahku. Danial yang lesu
hanya menurut langkahku. Di rumahku ini, aku berbincang dengan Daniel untuk
mengambilnya sebagai anak angkat. Daniel yang merasakan dirinya terlalu kotor
menolak pelawaanku.Namun setelah aku
memujuknya dengan lembut barulah dia menerima setelah yakin bahawa aku dan
suamiku dapat menerimanya.Aku menghantar dia
pulang ke rumah untuk mengemas barang keperluannya.Aku berasa gembira
kerana cahaya hidayah kini telah meresap sedikit demi sedikit di dalam tubuh
Daniel.
Aku dan suamiku berbincang dan
membuat keputusan untuk menghantar Daniel ke Rumah Pengasih untuk membantunya
berubah dan mendekatkan diri kepada Allah Rabbul Izzati.Daniel kini memanggilku
ibu kerana dia juga telah menjadi sebahagian daripada keluargaku. Kini aku
sedang mengandung seorang puteri yang sering diminta oleh daniel kepadaku.
Gembira sungguh wajahnya sewaktu menerima berita itu semasa aku melawatnya pada
hujung minggu.Daniel bertekad untuk
tidak lagi berpaling ke arah kancah sisi gelap hidupnya.
********
Cerita di atas adalah
berdasarkan kehidupan seorang pelajar yang kini sudah menemui ajalnya akibat
penyalahgunaan dadah yang keterlaluan. Cerita ini diceritakan oleh guru
pemimbing sekolah saya sewaktu dia ditugaskan di Pulau Pinang. Saya mengolah
sedikit cerita di atas agar orang-orang yang terlibat dengan najis ini tersedar
dan mahu keluar dari bergelumang dengan perosak bangsa ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Actions speak louder.>_<