Asalamualikum semua. Terima kasih melawat blog yang mati tak mahu ini. Saya Ai Zuli sudah cukup lama x mengupdate..so di sini saya MENGISYTIHARKAN saya nak post cerpen. >_<
HaHAHAHAHAH lawak kan! Jangan gelabah bila baca tajuk sebab cerita ni fresh dari oven dan Tidak cliche seperti cerpen yang berada di pasaran...Wooops over sudah! Mari Membaca :) PLEASE ENJOY.

Muhammad Mikael hanya melihat kenalan – kenalan
ayahnya menyirami pusara ayahnya,Dia masih mentah untuk memahami rencah
kehidupan ini. Masakan tidak, ayahanda tersayang sudah meninggalkan dirinya
buat selama-lamanya.Dia kini baru menginjak usia 5 tahun.
~2 tahun kemudian~
“Allahuakbar”. Muhammad mengangkat takbir lantas mengimamkan solat zuhur
di surau sekolahnya.Walaupun baru berusia 7 tahun, bakat kepimpinan dan sahsiah
dirinya sudah teserlah.Melalui jendela tingkap itu, sepasang mata menitiskan
air mata terharu melihat Muhammad di
sekolahnya. Ibunya yang ingin menjemput Muhammad pulang menangis melihat
satu-satunya anak yang dimiliki membesar menjadi seorang yang bagus.Perjalanan
ibu Muhammad, Puan Fatin untuk menggalas tanggungjawab menjadi ibu dan juga
ayah untuk Muhammad bukanlah senang. Namun, Muhammad ternyata seorang anak yang tidak banyak
kerenah dan masalah. Muhammad adalah seorang yang menghormati orang tua,
mendengar kata serta rajin membantu orang lain.
Menginjak
usia belasan yahun, Muhammad sudah dihantar menuntut imu di sebuah sekolah
tahfiz yang terletak di ibu negara. Muhammad merupakan seorang pelajar yang
cemerlang kerana dia berjaya menghafaz 15 juzu’ Al-Quran.
“Muhammad, hari ni Ustazah Rabiah tak datang.Jom
duduk surau”, ajak Reza pada Muhammad. “Tak nakla, macam ponteng kelas je”.
Muhammad menolak tawaran Reza dengan baik namun setelah Reza pujuk beberapa
kali, akhirnya Muhammad pun terpaksa mengikutinya. Dalam hati Reza, dia
berbisik sinis pada dirinya “kau ni Muhammad, senang betul percaya cakap
orang”. Sesampainya mereka di surau, Muhammad segera duduk di bahagian hujung
surau untuk mentasmik hafalannya.Sementara itu, dengan derap langkah yang
perlahan Reza pergi ke tabung sumbangan surau. Dia mengeluarkan sebatang
‘screwdriver’ lalu mengopak tabung itu. Pada mulanya Reza menyangka Muhammad
tidak perasan akan perbuatannya namun jangkaan Reza meleset kerana sejak dari
mula lagi Muhammad memerhatikan perbuatannya.Muhammad terpaku melihat duit yang
banyak.Akalnya melarang namun kata hatinya berlainan. Setelah dihasut oleh
Reza, Muhammad pun mengambil duit itu.Reza hanya tersenyum sinis kerana kawannya
yang konon disangka baik oleh para asatizah rupanya senang untuk dipengaruhi.
Reza lega kerana dia mempunyai rakan subahat dan tidak akan dihukum seorang
diri sahaja. Inilah titik permulaan bagaimana Muhammad yang dahulunya baik kini
perlahan-lahan bertukar menjadi seorang yang memiliki hati yang gelap.
Pada keesokan harinya, Ustazah rabiah bertanya pada
Muhammad mengapa dia tidak hadir, namun Muhammad sudah pandai
berbohong.Memikirkan bahawa dirinya bakal dirotan, Muhammad lantas berkata dia
tidak sihat untuk menghadiri kelas ustazah itu. Reza yang juga berada
berhampiran meja guru hanya tersenyum melihat Muhammad menutup aib yang
dilakukannya.
Bermula dari dua kesalahan yang kecil, Muhammad
semakin alpa dan tenggelam dalam keasyikan hiburan dunia yang fana ini.Walaupun
bersikap begitu, di hadapan ibunya dia akan berpewatakan suci dan baik.
Rahsianya masih tersimpan rapi dalam genggaman Reza, malah kesalahan Muhammad
menghisap vape juga tidak diketahui oleh sesiapa pun. Hafalannya yang banyak
kini umpama buih di lautan kerana tidak diamalkan.Sia-sia sahaja penat lelahnya
menghafal selama ini.Namun jangan salah sangka kerana Muhammad tetap Muhammad
yang dahulu.Dia tetap tidak mengabaikan pelajaran akademik kerana saban tahun
Muhammad menerima anugerah pelajar terbaik. Mungkin itu rezeki yang
dianugerahkan tuhan pada Muhammad.
~6 tahun berikutnya~
“Muhammad
cepatla sikit, nanti lambat pula ke airport”. Kata ibu Muhammad. “Yelah,orang
tengah nak cepatla ni, kejap, kejap”!Teriak Muhammad pada ibunya dari tingkat
atas. “Asyik bebel je, letihla”, Muhammad mendesis perlahan sambal membawa
bagasinya. Sampai sahaja di tingkat bawah, Muhammad pantas mengubah mimic
mikanya kepada senyuman yang lebar. Walhal dalam hatinya, dia sudah tidak sabar
untuk pergi jauh daripada ibunya. Ibu Muhammad menghantar pemergian Muhammad ke
Manchester United University dengan harapan yang menggunung.Manakan tidak,
anaknya berjaya menempatkan diri di sebuah universiti terkemuka. Muhammad
memilih bidang kejuruteraan yang selama ini diidam-idamkannya. Puan Fatin sempat berpesan kepada Muhammad
agar sentiasa jaga solat dan jangan pernah sekali-kali lupa di mana bumi
berpijak, di situ langit dijunjung. “Muhammad, dengar nasihat ibu ni. Bersyukur
la Allah bagi kamu rezeki belajar ke luar negara. Bila kamu jaga hubungan
dengan Pencipta kamu, urusan apa sekalipun akan dipermudahkan oleh Allah”. Nasihat Puan Fatin sambal membetulkan kot
yang dipakai segak oleh anaknya.Muhammad tidak mengambil pusing akan nasihat
ibunya kerana sudah tidak sabar untuk menjejakkan kaki ke negara orang putih
itu.Setelah menyalami ibunya, Muhammad segera melangkah masuk ke ruang berlepas
Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.
Setelah 14 jam berada di dalam pesawat, akhirnya
Muhammad tiba ke destinasi yang dituju dengan selamat.Aiman adalah salah
seorang rakan yang baru dikenalinya di dalam pesawat.Mereka menuntut di
Universiti yang sama tetapi berlainan fakulti.Setelah itu, pelajar-pelajar
Malaysia yang bakal menuntut di Manchester United University melaporkan diri di
Pejabat pendaftaran.Kebetulan pula, Muhammad dan Aiman menjadi rakan sebilik.Maka
bermulalah semester pertama Muhammad.Pada Mulanya Muhammad tidak betah dengan
keadaan sekeliling seperti cuaca, sikap dan budaya yang diterapkan pada
pelajar-pelajar di situ.Lama kelamaan, Muhammad sudah pandai menyesuaikan
dirinya.
Gedebuk!
“Ouch, I’m sorry! It’s my fault.I’m rushing right now.Sorry again”.pinta
Muhammad kepada seorang jejaka yang berbadan tegap dan tinggi lampai.Lelaki itu
membantu Muhammad mengangkat buku-bukunya yang terjatuh.Lelaki Mat Saleh itu
senyum sahaja memandang kekibutan Muhammad. “excuse me, What’s your name? You
can call me Mike”, sapa pemuda itu tadi. Oh My name is Muhammad Mikael. You can
call me whatever you want. “ Can I call
you micheal my buddy?”, Tanya lelaki itu pada Muhammad. “Oh Sure.Thanks for
helping, Mike”. Muhammad lega kerana kejadian tadi tidak membangkitkan
pergaduhan. Ini kerana pada hematnya keturunan mat saleh semuanya baran tetapi
sangkaan Muhammad tidak benar sama sekali.Perkenalan itu tidak berhenti setakat
itu sahaja. Suatu petang, salah seorang ahli ‘group discussion’ Muhammad
mengajaknya berkumpul di sebuah taman. Malangnya, sebaik sahaja Muhammad tiba
dia merasakan ada satu hentakan di belakang badannya.Muhammad pening dan berasa
hendak pitam namun dia sempat menghubungi Mike Anthony. Terdetik di benaknya untuk menghubungi rakan yang baru dikenalinya itu.Dia sendiri hairan
dengan tindakannya.
Setelah Muhammad sedar, dia mendapati dirinya berada
dalam keadaan tangannya diikiat.Badannya pula telah disandarkan pada sebatang
pokok besar. Di hadannya berdiri Daim dalam keadaan tidak puas hati. Ini kerana
Daim telah didapati bersalah tidak melakukan bersama-sama tugasan yang
diberikan professor mereka.Daim bengang kerana Muhammad tidak membelanya. Bagi
Muhammad pula, buat apa dia hendak membela orang yang salah kerana berani
kerana benar, takut kerana salah. Hayunan kayu besbol Daim yang hendak
ditujukan pada Muhammad berjaya dihalang oleh Mike. Dia berjaya menjejaki
kedudukan Muhammad dengan bantuan pengesan telefon pintar.Jauh daripada kawasan
itu, beberapa orang polis datang sekali bersama Mike untuk menangkap Daim.Daim
segera berlari untuk melepaskan diri setelah mendapati dirinya berada dalam
keadaan bahaya.Mike menolong Muhammad meloloskan diri dari ikatan tali itu.
“Are
you okay? Do you hurt anywhere? Let me check it”. Tawar Mike. “it’s okay.I’m
alright. I just have to rest.Jawab Muhammad. “ Come on Micheal, let’s go to my
house. You can take a nap there”. Ajak Mike sambal memimpin Muhammad yang
keletihan kerana badannya lenguh-lenguh.Perutnya juga kosong kerana sudah
beberapa jam tidak menjamah makanan. Di rumah Mike, Muhammad terus dibaringkan
di atas tilam agar selesa. Setelah itu, dibawanya bubur untuk Muhammad jamah.
Muhammad berasa selesa kerana seumur hidupnya, tidak ada lagi insan yang
seprihatin Mike pada dirinya.
Bermula
daripada kejadian itu, hubungan mereka semakin akrab umpama sepasang
belangkas.Ke hulu,ke hilir mereka sering dilihat bersama. Maka ada la
suara-suara sumbang yang mengutuk perbuatan mereka. Memang benar tindakan yang
mereka lakukan sudah menyimpang jauh dari landasan Allah kerana mereka
menyerupai tindakan kaum Nabi Lut.Muhammad dan Mike kini menjadi sepasang kekasih.
Ini kerana Muhammad merasakan dia tidak lagi boleh jalani kehidupannya tanpa
Mike yang penyayang. Mike juga begitu. Kekayaan yang dimiliki Mike, ingin Mike
guna untuk biayai pengajian Muhammad kerana sebenarnya Muhammad sudah tiga kali
menerima surat amaran.Muhammad menolak cadangan Mike. Dia bukan seorang yang
tidak berdikari. Oleh itu, Dia semakin hari semakin rajin menghadiri kelas
.Tahun ketiga Muhammad merupakan tahun terakhir Mike berada di University
itu.Oleh itu, Muhammad ingin menghabiskan pengajiannya dengan segera agar
mereka boleh bersama selama-lamanya.
~Raya 2015~
Micheal, is it true that you want to celebrate this
year’s raya at Malaysia? Tanya Mike.
Yes. It’s because my mother keep babbling to me to
spend 3 days with her? Why are you asking? Do you want to come with me too?
Pelawa Muhammad.
Of couse I want! I can’t separate from you. Not even
1 hour you know.Ok, lets packed our clothes. Malaysia, here we come! Teruja
sungguh Mike Anthony apabila dipelawa Muhammad.
Emm, Mike I think I want to tell my mother about
this relationship. How long we must keep it secret? I can’t stand this anymore.
I also want to have some freedom on what kind of relationship I want. I’m going
to persuade my mother so that she agree with our relation! Tekad Muhammad
berkobar kobar.
Keesokan harinya, mereka berdua menaiki kapal
terbang menuju Malaysia. Ibu Muhammad menanti kepulangannya dengan girang
kerana sudah tiga tahun dia beraya seorang diri.Setelah pengumuman penumpang
dari Manchester sudah tiba, ibu Muhammad terus menunggu dan menunggu.Kelibat
Muhammad akhirnya kelihatan bersama seseorang yang tidak dikenalinya.
Muhammad menyalami tangan ibunya dan memperkenalkan
Mike Anthony. Ibunya bangga melihat anaknya pandai membawa haluan diri. Di
rumah, sudah tersedia pelbagai juadah untuk mereka. Muhammad menangguhkan
dahulu hasrat hatinya kerana tidak mahu mematikan semangat kegembiraan
ibunya.Petang itu, Muhammad mendekati ibunya setelah tiada lagi tetamu datang
bertandang. Muhammad mengumpulkan semangat agar tidak kecundang. “ Ibu,
Muhammad sebenarnya bercinta dengan Mike. Ibu Izinkan Muhammad jalani kehidupan
yang Muhammad nak! ”.Biarkan Muhammad dengan my own life! Kenyataan itu sahaja sudah menyentap hati
ibunya.
“Muhammad! Apa yang Muhammad fikir ni?! Muhammad ni
orang islam tahu tak. Jangan kamu ikutkan sangat hasutan tu. Jangan kamu
sengaja minta bala Allah.Ibu sampai mati pun TIDAK AKAN mengizinkan Muhammad
bersama Mike Faham itu?! ”. Suara ibu Muhammad bagaikan halilintar akibat
terkejut melihat anay yang dahulunya soleh sudah berubah 360 darjah menjadi
seorang Gay!
Muhammad yang tidak puas hati mengemas bagasinya dan
mengajap Mike pulang semula ke Manchester United. Dia tidak mengerti mengapa
ibunya mahu menghancurkan satu-satunya kebahagiaan dalah hidupnya.Mike hanya
diam melihat keadaan yang dihadapi Micheal. Dia tidak mahu masuk campur tanpa
usul periksa.
Muhammad mencapai kunci keretanya dan terus memandu keluar
daripada rumah itu.
Muhammad memandu dalam kelajuan maksima.Mike yang
berada di sebelahnya sudah cuak. Kemungkinan untuk mereka terlibat dalam
kemalangan jiwa adalah tinggi. Mike menyuruh Muhammad bertenang dan memandu
dengan perlahun namun semua itu tidak diendahkan Muhammad. Dia semakin kuat
memijak pedal minyak agar pemanduan semakin laju. Tiba-tiba sebuah lori muatan
panjang muncul dari sebuah simpang. Malangnya akibat hendak mengelak dari
melanggar lori tersebut, kereta mereka meluncur laju melanggar pembahagi jalan.
_____________________________
Micheal, please wake up. Don’t go. I’m sorry. This
is all my fault. If I don’t interfere in your life ,this accident won’t happen.
The argue didn’t bring any good. Please wake up. You had sleep for 2 weeks
until now.Your mother is always beside you. She keeps praying and recite the
al-quran everyday for your.
I have seek your mother forgiveness. I also have a
good news to you. My new name is
Abdullah Adam. I don’t want to be in any part of LGBT life anymore. Ucap Mike mengharapkan Muhammad
sedar.
“Assalamualaikum Muhammad, anak ibu. Ibu datang
melawat kamu ni membawa berita sedih. Doktor di sini sudah berputus asa melihat
kamu yang masih dalam keadaan koma.Mereka hendak mencabut alat bantuan
pernafasan kamu. Muhammad, janganlah kamu putus asa. Bangunlah nak. Kesian ibu
seorang diri. Temanlah ibu nak. Jika kamu lelah dan tidak mampu untuk bangun
tidak mengapa, ibu reda andai kamu perlu meninggalkan ibu. Ibu tidak mahu
memaksa jasadmu Muhammad Mikael B. Amir Bahari.Tenanglah kamu di sana anakku
yang soleh.Ibu doakan agar kamu dapat memasuki al-jannah. Amiin. Sewaktu Puan
Fatin ingin melepaskan genggaman tangannya pada Muhammad,terasa ada suatu
pergerakan kecil di tangan yang lemah itu. Betapa gembiranya Puan Fatin
menunggu saat mata Muhammad terbuka.Namun sepasang mata yang jernih itu hanya
mampu mengerdipkan matanya beberapa kali sebagai isyarat meminta ampun pada
ibunya.Ibunya yang membesarkan dirinya dengan jerih payah tanpa seorang suami
yang merupakan tulang belakang sebuah keluarga.Selepas itu, pergilah seorang pemuda
meninggalkan dunia yang penuh noda ini buat selama-lamanya. Alhamdulillah di
akhir nafas, Muhammad sempat meminta ampun pada ibu dan juga mengucap kalimah
syahadah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Actions speak louder.>_<